BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 2 Mei 2010

JaNgAn pAnDAnG rEMeH DoSA kEciL..

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.

pilihan...

cemerlang atau gagal adalah pilihan kita sendiri,

prestasi & pencapaian pada masa akan datang ditentukan oleh tindakan kita sendiri pada saat dan ketika ini..

rajinnya kta, maka cemerlang lah kta..
malasnya kta maka, gagal lah kta...
apa yg kta lakukan kni akn mnentu kan kta pada masa hadapan...

memaafkan...

hari ini maafkanlah tanpa mengira siapa yang benar atau siapa yang salah.. kita hanya hamba yang lemah, penuh kekurangan dan kesalahan, kita layak disakiti, disalahtafsir dan sebagainya..

kemaafan adalah jalan terbaik untuk kta mndapat ktenangan diri...
hati mnjadi tnang dan bahagia bla dapat memaaf kan org....