BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 26 Jun 2012

ASSALAMUALAIKUM....
semoga pembaca dalam keadaan sehat sejahtera...:)


lame dah aq tak tulis kat cnie...
now aq dah abis praktikal...
aq dah abis zaman2 kolej @ belajar...
result aq???
alhamdulillah...
rezeki dari Allah...
skunk nie aq buat keje sementara...
jd cashier kat Petronas Rembau...
aq keje situ pon sbb dekat ngan umah aq...
x smpai 5 minit pon dari rumah...
tak larat aq nak jd CEO tanam n jual anggur kat umah je...
aq pk an duit je skunk nie...
bukan sbb nak shopping tp sbb nak makan sedap2..
kalau dulu nak duit sbb nak shopping tp sekarang tidak lg...
baju yg aq beli bulan lepas pon aq x pakai lg...
huhuhuhu

sekian,terima kasih...:)
*senyumlah selalu*

Sabtu, 5 Mei 2012

habis diploma!!!

assalamualaikum semua...lame dah aq tak post kat blog nie...bz mnjalani latihan industri...aq start 9/1/2012....dan pada 27/4/2012 tamat lah latihan industri aq tue...maka dengan itu secara tak brape nak rasmi nya aq telah habis LI...kenape secara tak brape nak rasmi???sbb aq nyer result x klua lg..lau dah klua result tue baru lah secara rasmi nyer aq tamat LI nie...perjuangan aq selama 3 tahun telah berakhir...tak sia2 aq bersabar selame nie...selame 3 tahun aq kat KPTM tue mcm2 dah aq lalui...sampai aq rase penah down giler2...tp mmbe2 aq lah yg tlg aq...buat kan aq kuat semangat tuk teruskan...

Ahad, 25 Mac 2012

lame tak semak kat cnie...

assalamualaikum...

wah...dah lame aq tak semak2 kat cnie...
ary nie tetibe mood aq baek plak nak semak2 kat cnie...


tp aq xtau nak yaip ape kat cnie...
hmmm...
nak tau kehidupan LI aq???
jawapan die sgt2 lah tak best...
hadoii....
keadaan ofis yg xbest...
mnci betol...
dan time2 nie lah sumer prob dtg kat aq...
prob org sekeliling,prob hati,prob ofis n mcm lg lah....
sampai aq rase cam arrrgggg stresss nyer!!!
nak je aq jerit kuat2...
tp lau jerit pon leh ilang kan stress ker???
hmmmm
xkisah lah...
tp aq mmg nak jerit2...
masalahnyer nak jerit kat mner???
gler lau aq jerit kat shopping mall...
mmg org pk aq giler ah...
dulu aq ske jerit2 time karok...
skunk nie nak g karok pon payah...
xtau nak ajak sape g karok...
kalau g sorg kompem aq bosan sbb aq je yg nyanyi...
ok stop citer pasal sumer tue...
lain kali lak kiter citer...
ok...
byebye...
salam...:)


Sabtu, 31 Disember 2011

:)

Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu & janganlah engkau sekali2 merendahkan dirimu Menggugurkan diri..menyembah tanah.. Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu.. Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...

Isnin, 26 September 2011

Kasih Ibu....

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Moral: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..