BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 21 Julai 2011

PUASE DAH DEKAT LAH!!!

Assalamualaikum....

wei korg2...
pose dah dekat lah...
aq ase kejap je mase berlalu...
uuurrrrmmmm
wah xsabar ase nyer nak smbut bulan yg mulia nie...
harapan aq taun nie:
1)aq nak balik umah tiap2 mggu...
2)hope bulan mulia nie bg aq semangat yg baru...
3)hope mmberi sejuta mkne buat aq...
4)hope aq tabah hadapi semua yg terjd...
5)hope ramadhan nie mmberi aq sesuatu yg baru...

huhuhuhuhu
sekian...:)

ye ye...
raye dah dekat...:)

hye3..:)

Assalamualaikum....

nak jujur nie...
sebenanyer aq x ske SEM 5....
aarrrrrrgggggg!!!
sem nie wat aq stress ah...
huh!!!
sgt1000x xske SEM 5!!!!
sekian...:)

Rabu, 22 Jun 2011

kita berkata...AL-QURAN menjawab...:)


Biasanya bila kita duji, kita akan banyak tertanya-tanya sendiri …tidak bolehkah segalanya berlaku mengikut kehendak hati ?? mengapa seharusnya begitu, tidak pula begini ?? Namun sebenarnya, setiap persoalan yang timbul dlm fikiran kita itu, dah pun Allah tahu sejak azali lagi, dan Dia yang Maha Mengetahui dan lagi Maha Mengasihani telah merakamkan jawapan bagi soalan-soalan itu di dalam Al-Quran.Berikut antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita dan Allah menjawab di dalam Al-Qurannya .


1.KITA BERKATA : AKU TIDAK TAHAN MENANGGUNGNYA ! LANTAS AL-QURAN MENJAWAB “……dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12

2.KITA BERTANYA : APA YANG AKAN AKU PEROLEHI DARI SEMUA INI? MAKA AL-QURAN MENJAWAB “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diridan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ? -Surah At-Taubat ayat 111 3.KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA HARUS AKU LETAKKAN HARAPAN ? AL-QURAN MENJAWAB ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubat ayat 129

4.KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ? MAKA AL-QURAN MENJAWAB “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” -Surah Al-Baqarah ayat 286 5.KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ATAU BEGITU KECEWA ? MAKA AL-QURAN MENJAWAB “Jgnlah kamu bersikap lemah. dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika kamu orang yg beriman.” -Surah Al-Imran ayat 139 6.KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ? MAKA AL-QURAN MENJAWAB “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” -Surah Al-Baqarah ayat 45

7.KITA BERTANYA : KENAPAKAH AKU INI DIUJI ? MAKA AL-QURAN MENJAWAB “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 8.KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN ? MAKA AL-QURAN MENJAWAB “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

*sekian...:)

senyum...:)

Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi. Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda. Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi. Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang. Jangan tertawa melihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit. Bicaranya ...ialah senyum. Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirasakan hari panas. Jangan engkau tertawa di tempat yang tidak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan. Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul....:)

kegagalan...:)

Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi. Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu. Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi. Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba. Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain. Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik. Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru. Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi. Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar. Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu....:)


smile always..:)